Kenapa wartawan, akhbar kurang dibela sasterawan?

Oleh H FANSURI

Sejak dahulu, wartawan dan sasterawan sebenarnya bagai isi dan kuku, aur dan tebing. Hidup saling menyatu dan bekerjasama dalam membela kebenaran.

Sasterawan Negara Usman Awang dalam sajaknya 'Zaman Ini' tidak lupa kedudukan dua kelompok ini. Beliau bermadah kata...

"Engkau penyair akan menulis segala cerita
Penamu tajam boleh mengiris segala derita
Zaman ini mengajarmu hidup berpura-pura
Atau sekadar menyelamatkan diri menganggukkan kepala."

"Engkau wartawan kutip berita antara manusia
Penamu tajam dapat mencungkil keburukan mereka
Engkau diam mengikat tangan di bawah meja
Zaman ini memaksamu menulis yang baik belaka."

Arenawati, Keris Mas, Pak Sako, Usman Awang, A Samad Said, dan A Samad Ismail bolehlah dikumpulkan sebagai wartawan sasterawan dan/atau sasterawan berjiwa wartawan.

Arenawati paling jelas bertugas sebagai wartawan, Keris Mas termasuk juga Pak Sako. Semuanya berhaluan kiri pada awal pembabitan mereka dalam kewartawanan.

Cerpen-cerpen Arenawati pula, misalnya bukan sedikit yang memperihal seputar kegelisahan wartawan pada zaman gelap Malaya.

Di dalam novel Hujan Pagi misalnya, A Samad Said memperihal peristiwa suram akhbar pada zaman gila perang penjajahan British.

Dengan melukis watak wartawan Lokman dan Rusli, A Samad menulis kisah tentang rencana mereka yang menimbulkan kecurigaan pihak penguasa.

Akibatnya akhbar Hujan Pagi disekat daripada diedarkan. Pengiriman Hujan Pagi melalui keretapi pun turut disekat.

Dalam peristiwa lain pula, pihak penjajah membuat siasatan serta tangkapan ke atas kumpulan wartawan itu. Wartawan Lokman kecewa, lalu mengasingkan diri di sebuah pulau terpencil.

Ada beberapa tempat di dalam Hujan Pagi, Pak Samad cuba melahirkan kata tanya dalam wajah persoalan berhubung falsafah akhbar dan kewartawanan.

"Apakah peranan akhbar saudara itu 'pengghairah', 'pelapor', 'pendakwah', atau 'pengekor'?" (Hujan Pagi)

Sebenarnya, inilah empat tema yang menjadi bahan fikiran pengamal media sejak dahulu sehinggalah ke hari ini.

Akhirnya, Samad tampil sendiri menawarkan jawapan, "Akhbar kita suara rakyat. Hujan Pagi suara keadilan," (Hujan Pagi). Samad dengan jiwa kesasterawanannya menyalakan api fikir rakyat mengenai sikap akhbar yang paling jernih - iaitu membela keadilan.

Kini, seolah-olah segelintir wartawan cuba membela kebenaran, tapi kebenaran seolah-olah gagal tampil membela mereka sendiri.

Lalu akhbar tidak lagi menjalankan peranan sebagai suara keadilan, sebaliknya menjadi juara yang menaja kelucahan dan pornografi di muka depan akhbar itu.

Arenawati berkata dalam Busa Hati, "Dekad akan datang, kau akan lihat agama di bibir, bukan di dada. Bahasa Melayu diejek. Budaya diganti tamadun lucah."

Inilah dekadnya di mana akhbar menjadi juara menaja kelucahan. Usman Awang, A Samad Said dan Arenawati adalah sasterawan masa lalu yang bingkas dan tangkas membela wartawan, kewartawanan dan akhbar yang ditindas British dan warisnya; Umno.

Di sana, ada juga suara wartawan membela sasterawan tertindas. Ketika Shahnon Ahmad didera jiwanya oleh Umno gara-gara novel Shit, ada wartawan membelanya. Di sana, tidak sedikit wartawan yang tampil membela mogok seni A Samad Said.

Syahadan, pada 12 Mei lalu, ada Konvensyen Akses Media menjelang PRU-13. Ada banyak soalan juga. Namun, dalam diam-diam, saya menarik nafas lega. Mujurlah rakyat masih tidak sedar, belum dicerahkan lagi akal fikir untuk bertanya...

"Di mana suara sasterawan hari ini yang akan tampil membela akhbar, wartawan dan kewartawanan yang ditindas Umno dan penjajahan BN?"

Fuh! Lega! Kalau tidak, jenuh berpeluh juga mahu menjawabnya. Phew!

Jam 2ptg Ini, Serah Memorandum Desak Tindakan Ke Atas Anggota Polis Yang Merusuh Pada 28 April

Media Advisory

7 May 2012

SAMM bersama-sama dengan 27 NGO anak muda/mahasiswa pada hari ini akan hantar memorandum mendesak tindakan ke atas anggota polis yg lakukan jenayah pada BERSIH 3.0. CheGubard akan hadir mewakili SAMM.

Waktu : 2.30pm

Tempat: Di hadapan Ibupejabat PDRM Bukit Aman.

0102675872 - Edyes

Lawan samseng perlu kekerasan juga

Oleh RUHI HAYATI THANI

Dalam congakan hitungan peribadi saya, samseng ini sudah mengganas dua kali. Kali pertama di Jalan Kebun. Keduanya di Dataran Merdeka itu. Tetapi, setakat ini, belum terdapat tanda gejala bahawa 'samseng' PR akan menuntut balas.

Agaknya, polis dan samseng Umno itu pun sedar bahawa 'samseng' PR tidak akan membuat apa-apa ke atas mereka itu.

Apa pun yang berlaku, kejadian yang sudah menimpa para peserta Occupy pada awal dinihari 19 April lalu itu, akhirnya membuatkan ramai penyokong Pakatan Rakyat tiba mengimarahkan semula kawasan itu dan memenuhi dataran tersebut dengan kegiatan pencerahan pada keesokan malamnya pula.

Maknanya, daripada suatu segi - percubaan samseng Umno yang mahu menakut-nakutkan revolusioner itu tidak berjaya! Rakyat semakin berani apabila mereka sedang berjuang menolak amalan penindasan.

Di suatu sudut lain pula, Unit Amal telah menyatakan tekadnya - bahawa mereka akan 'berkampung' di Dataran Merdeka sehingga acara himpunan Bersih 3.0 dijadualkan pada 28 April ini. Jikalau hal ini berlaku, maka semua ini petanda baik.

Mereka, Umno dan BN itu merancang, tapi Allah s.w.t juga ada rencananya. Perancangan Allah itu yang sempurna pada akhirnya. Mungkin, jika tiada perlanggaran oleh samseng itu, maka tidak ramai yang hadir memenuhi dataran menjelang tarikh 28 April ini.

Ya, itu hanya harapan. Untuk malam-malam berikutnya, kita belum tahu lagi, apakah kesudahannya?

"Dengar kata, Unit Amal dah dapat elaun," kata seorang teman. Saya geleng kepala. Memang saya tidak tahu apa-apa.

Lalu, dia menambah kata-kata, bagi tujuan mengukuhkan pandangannya sendiri tadi, "Bagus juga bila ada elaun tu.. Dah lama Unit Amal tu menumpahkan khidmat setia bakti kepada parti. Mereka mesti mendapat ganjarannya."

Rakan-rakan yang hadir bersama di Dataran Merdeka itu sudah pun membuktikan bahawa, kekentalan semangat waja itu sudah berjaya menepis usaha samseng Umno itu.

Pada malam kejadian itu juga, saya dapat menyerap rasa ketakutan yang menjalar terseludup ke dalam hati dan perasaan sekawanan jerung-jerung samseng itu. Mereka lebih banyak menjerit, "Kamera! Kamera..."

Agaknya, sekawanan samseng itu pun sedar mengenai bahaya yang mungkin mengintai mereka apabila gambar aksi serta wajah mereka terpampang secara terbuka di internet nanti. Maka, sebab itulah kamera yang lebih awal mereka cari.

Lojiknya, kalau gejala kesamsengan Umno ini tidak dibalas, maka samseng Umno ini akan bertindak buas pada kejadian yang lain pula. Hal ini kerana, mereka berasa bahawa mereka ini memang kuat dan dilindungi oleh polis.

Dalam serbuan polis nanti, sekawanan samseng Umno ini, akan terlepas begitu sahaja, dengan begitu mudahnya. Mereka ini akan menjadi lebih sombong dan berasa diri mereka berkuasa melakukan apa sahaja sehingga mengganggu tugas kita sebagai pendakwah yang menyeru ke arah usaha mengguling penindasan dan membuang penindasan Umno, BN.

Bukanlah tiada laporan polis dibuat dan bukannya tidak pernah kita melihat nombor pendaftaran motor kereta mereka di internet. Pihak polis pun memang lebih memaklumi segala perkara yang terkait dengan maklumat peribadi mereka ini.

Tapi, pihak polis seperti mendiamkan diri. Hal inilah yang menyebabkan kepercayaan rakyat kepada polis sudah terhakis. Jika hal seperti ini didiamkan, maka pihak polis akan berdepan dengan perkara yang lebih besar.

Iaitu, bagaimana jika rakyat nantinya akan bertindak sendiri, memburu samseng ini dengan bertindak memukulnya? Saat itu akan tiba apabila setiap laporan itu tidak diendahkan oleh polis, lalu sekumpulan rakyat yang sedar ini akan bertindak semula memukul samseng Umno ini?

Ketika ini apakah tindakan polis? Polis perlu sedar bahawa tindakan rakyat memburu samseng Umno ini adalah berawal daripada sikap berat sebelah polis juga. Atau, bagi 'menyelesaikan masalah', apa kata, kalau polis jangan masuk campur langsung dalam pergelutan antara rakyat dan samseng Umno pada kemudian hari nanti?

Ya, rasanya setelah rakyat mendepani banyak kejadian ditimpa musibah yang didatangkan oleh samseng Umno ini, maka tiada lain lagi. Cuma ada satu jawapan yang pasti ketika polis sudah tolak segala aduan kita ke atas samseng Umno ini.

Iaitu, lawanlah kesamsengan Umno dengan kekerasan juga!

Samseng Jalan Kebun serang Occupy?

Oleh BOESTAMAM SARI

Mereka menyerang bagaikan seekor garuda yang mengancam pada waktu malam. Ketika jam 2:30 pagi beberapa peserta di Universiti Dataran Merdeka telah pun memantau pergerakan samseng itu dengan penuh waspada. Bukan mereka tidak tahu adanya kelibat polis di situ. Tapi, polis seolah-olah tidak peduli apa pun.

Polis tidak bertindak dengan pantas, walaupun sudah ada keriuhan dan kebisingan. Polis datang, apabila sudah ada pihak peserta Occupy di situ yang menjerit memanggil kehadiran polis.

Saya memerhatikan dari arah dekat dan sempat menangkap sekeping gambar yang agak kabur oleh kerana cuaca malam. Manakala, gambar video pula hanya sempat selama sembilan saat sahaja dengan failnya berjumlah 9 megabait sahaja.

Itu pun, punca terjadinya klip video yang cuma bertahan selama sembilan saat itu, kerana seorang samseng memekik ke arah samseng lain apabila menyedari saya merakam aksi gelagat kesamsengan mereka pada malam itu.

"Woi! Kat sini ada sorang lagi yang ada kamera!" jerit samseng itu. Dia cuba mengejar saya. Saya segera simpan semula Galaxy Tab Samsung saya itu.

"Dia ni ada Ipad ni!" pekik si samseng itu lagi. Saya terus mencari jalan keluar, khuatir dan bimbang peralatan itu rosak dan dirampas oleh puak-puak bedebah ini.

"Kau nak lari mana?" demikian dia berkata kepada saya dengan penuh kesombongan!

Akhirnya, mungkin kerana dia keseorangan dan tiada rakan yang ikut membantunya, maka dia akhirnya mengalah.

Samseng itu menyerang dari arah gelap, datangnya dari arah padang. Kami menyedari serangan itu bermula apabila kami terdengar pekikan awal mereka. Sebelum itu, seorang anak muda daripada Unit Amal sudah datang menitipkan pesan.

"Jaga-jaga, malam ini, samseng akan datang menyerang," kata beliau. Anak muda daripada Unit Amal itu berseluar askar dan memakai baju kuning Bersih. Beliau sendiri sudah mengesyaki bahawa akan ada serangan bermula pada malam itu.

Dan, debaran pun mula memuncak apabila segerombolan samseng itu datang menggempur ke khemah-khemah Occupy. Ada muslimat yang sedang tidur lena terusik dengan gangguan secara tiba-tiba itu.

Ketika pekikan itu bermula, mata kami memantau suasana penuh waspada. Perlahan-lahan samseng itu merapati ke arah khemah-khemah itu semua. Ketika jarak pun dekat, samseng terus menceroboh, melompat masuk ke tempat khemah dan merosakkan khemah-khemah seperti binatang buas lagaknya.

Saya melihat mereka sungguh ganas. Hampir semua khemah langsung dirobohkan. Mereka memekik lagi, "Balik! Balik! Orang suruh kau belajar! Balik! Baliklah!"

"Kalau kau orang balik, kami pun balik!" kata sesetengah mereka lagi.

Saya lihat pada awal-awal kemunculan mereka itu, mahasiswa itu tidak pun melawan. Mereka barangkali buntu fikiran. Atau, kemungkinan tergamam atau kemungkinan itu boleh jadi apa sahaja. Tapi, yang pastinya mereka tidak melawan.

Seawal serangan itu, memang kamera dan peralatan yang boleh dirakam oleh mahasiswa itu akan cuba mereka dapatkan. Saya fikir, samseng ini juga belajar dalam pengalaman mereka yang lalu di Jalan Kebun dahulu.

Saya bergerak menjauhi mereka. Seorang teman membawa saya ke pejabatnya. Di sanalah kami sedang membuat analisa ke atas gambar dan klip video yang berjaya saya rakam selama sembilan saat itu.

Malam itu, yang tersiar berlegar di Youtube, Twitter dan Facebook hanya klip video saya, serta klip video milik seorang siswa berbangsa Tionghua. Saya bersoal-jawab dengan ramai Facebookers juga. Kebanyakan mereka cenderung Wahabi Salafy. Rupa-rupanya, kumpulan ini banyak menyokong kepada tindakan samseng Umno itu secara tidak langsung!

"Mujur samseng. Kalau ada orang buat dajal pelepas harimau seekor dua macam mana... Semoga Allah menyelamatkan kalian dan memberi hidayah dan taufik untuk kembali berada di atas petunjuk Kitab dan Sunnah. Amin," kata si penulis FB atas nama akaun Abu Abdillah. Ya, dengan tiba-tiba, isu Syi'ah pula yang muncul.

Saya menyedari bahawa ada perbalahan antara Syi'ah dan Wahabi hari ini, tapi perkara ini saya cuba ketepikan kerana hal yang paling utama adalah perjuangan mendapatkan pendidikan percuma sekali gus usaha menamatkan riba PTPTN itu.

Bagaimanapun yang paling menarik perhatian saya adalah bisikan seorang teman, "Patutlah, rasa macam kenal. Samseng ini semua pernah menyerang ceramah kita di Jalan Kebun sebelum ini!"

Jadi, hal inilah yang lebih awla ditanya kepada diri kita, "Adakah patut kita merelakan diri kita terancam untuk kali yang seterusnya di tangan Samseng Jalan Kebun ini?"

5 Hari Menjelang #BERSIH 3.0 : Fokus Dataran Merdeka, Aziz Harus Letak Jawatan

5 Hari Menjelang #BERSIH 3.0 : Fokus Dataran Merdeka, Aziz Harus Letak Jawatan


Kenyataan Media
23 April 2012

5 Hari Menjelang BERSIH 3.0 : Fokus Dataran Merdeka, Aziz Harus Letak Jawatan 

1. SAMM telah selesai siri jelajah seluruh semenanjung Malaysia bertemu secara terus dengan aktivis SAMM akar umbi serta aktivis organisasi sekutu jadual terakhir atas nama Jelajah Anak Muda (SAMM) - Bersih 3.0 yang terakhir akan diadakan di Jalan Berserah, Kuantan pada 26 April ini. Dalam siri jelajah ini ternyata sambutan rakyat dan respon agak luar biasa. Contohnya di Pontian (kampung Ketua Penerangan Umno Pusat) tanpa nama besar tetapi telah berjaya menarik lebih 2000 orang tempatan untuk hadir bersama. Program jelajah SAMM punya 3 elemen penting iaitu pertemuan tertutup, edaran risalah dan Ceramah umum. Hasil positif dan memberansangkan setakat ini membayangkan lautan manusia hadir bersama pada 28 April 2012. Pertemuan tertutup bukan sekadar dengan anggota SAMM tetapi ada beberapa peringkat pertemuan turut melibatkan rakan - rakan organisasi sekutu ke arah memaksimakan mobilisasi ke BERSIH 3.0 . Himpunan Ceramah umum Jelajah SAMM - BERSIH 3.0 mendapat sambutan hebat di perbagai tempat kehadiran antara 1000 - 5000 orang.

2. PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai penipuan telah didedahkan. Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Untuk itu tuntutan SAMM sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses menangani kepincangan SPR ini harus bermula dengan desakan Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof harus meletakan jawatan. Ternyata dalam banyak perkara beliau dan beberapa anggota SPR bermain politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka dicabar letak saja jawatan dan jadi calon Bn di mana - mana saja pasti ada rakyat yang bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak jantan.

3. SAMM dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 28 April 2012, bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan membersihkan senarai pemilih. Telah diumumkan juga beberapa lokasi lain perhimpunan namun bagi SAMM dalam negara seharusnya di Malaysia mobilisasi ditumpukan ke dataran Merdeka sahaja kecuali Sarawak di Kuching dan Sabah di Kota Kinabalu. Ini kerana jika bertumpu kepada Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500,000 orang.

4. Himpunan kali ini perlu dilihat dengan serius dan perlu disertai semua. Sikap SPR dan ditambah dengan beberapa pindaan mengarut kononya atas nama reformasi proses PRU akan melengkapkan lagi penipuan bagi memenangkan regim penguasa. 28 April semua wajib turun. SAMM berpendapat jika PRU dilakukan dengan kendalian pasukan SPR yang sama serta tanpa pembersihan senarai pemilih maka PR akan hilang kerusi malah negeri yang ditadbirnya. Kerana itu Yang Berhormat - yang berhormat perlu lebih serius , jika angka tidak menjangkau ratusan ribu berkumpul maka bersedialah untuk membawa kotak ke pejabat masing - masing dan mula bungkus barang, anda semua akan kalah bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi akan ditipu dalam proses PRU pincang. Maka semua YB-YB (bukan Bn)  kini kamu semua tidak ada selain bersama dalam menggerakkan penyokong turut sama ke Dataran Merdeka. Setiap YB wajib membawa sekurang kurangnya 1000 orang ke Dataran Merdeka 28 April nanti. Jangan nanti lepas PRU baru nak merengek persoalan ditipu SPR, sekarang ini gembeleng tenaga ke jalan raya sebelum pilihanraya.

5. Respon kepada halangan DBKL, SAMM menyeru supaya diabaikan respon mengarut tersebut. Ramai pasti tertawa dengan alasan Dataran Merdeka bukan tempat berhimpun dan hanya untuk aktiviti peringkat nasional. DBKL keliru atau sengaja ingin mengelirukan tidak pasti kerana sambutan kemerdekaan dan lain - lain itukan perhimpunan di lokasi sama dan BERSIH bukan sekadar acara peringkat nasional tetapi internasional kerana turut diadakan himpunan di puluhan bandar lain seluruh dunia serentak dengan maksud yang sama. SAMM bersimpati dengan DBKL yang diperkuda regim penguasa. Semua harus sedar DBKL hanyalah  sebahagian dari aparat regim yang diperkudakan untuk regim yang menguasai negara dengan pilihanraya pincang ini untuk terus kekal kuasa. SAMM menggesa, hanya ada satu himpunan BERSIH 3.0 iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.

6. Regim sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini. Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan BERSIH. Oleh kerana Najib terpaksa untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini. Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar pasti regim penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang regim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh penipuan.

7. Tuntutan rakyat kali jelas, kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih dibersihkan dan ia harus dimulakan dengan pemecatan Aziz selaku ketua SPR kerana dia memainkan peranan ke arah mempersiapkan proses PRU dan daftar pemilih kotor. Tuntutan jelas dan harus ditunaikan. SAMM tidak menolak kemungkinan puluhan ribu rakyat akan terus duduk dan berkhemah di Kuala Lumpur sehingga tuntutan dipenuhi. 

8. Semua termasuk polis juga harus tenang, SAMM masih menyokong pendirian sebarang pertukaran kerajaan harus berlaku dalam proses pilihanraya untuk kestabilan dan masa depan negara. Namun rakyat diseru turun beramai - ramai kali ini adalah untuk menuntut supaya proses pilihanraya dibersihkan. SAMM sendiri sedia menurunkan 200 marshal terlatih dan berpengalaman dalam mengendalikan perbagai demonstrasi termasuk 2 himpunan BERSIH yang lepas di mana SAMM antara yang memainkan peranan utama.

9. Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula telah membangkitkan tekanan dalam dan luar negara menyebabkan Najib terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi membetulkan proses pilihanraya. Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut maka secara lansung Najib mengakui sememangnya proses pilihanraya negara ada kepincangan. Namun malangnya sudahlah peranan wakil bukan Bn dinafikan untuk punya laporan hasil kerja mereka, malah pengakuan kepincangan tidak ada satu ditangani dengan pindaan undang - undang pilihanraya yang diluluskan baru - baru ini. Rakyat perlu bangkit melawan penipuan ini.

28 April 2012, 2 petang, Dataran Merdeka - Sekali lagi diingatkan SAMM tidak menolak kemungkinan akan ada ribuan rakyat akan duduk paling tidak sehingga tuntutan Pengerusi SPR letak jawatan.


Sekian.





che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Khemah Mogok Utusan lambang 'Occupy'?

Oleh H FANSURI

Baru-baru ini, dalam mahasiswa sudah mula keluar berontak di jalan raya utama di Kuala Lumpur. Mereka meresapkan suara yang disambut bingit deruan kenderaan di Dataran Merdeka. Himpunan itu dinamai 'Occupy Dataran Merdeka'.

"Ada 4 buah khemah," saya melaporkan kepada Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Othman yang ingin melihat siswa ini dari jarak dekat. Tiba-tiba, malam itu juga, ada 6 buah khemah. Untuk esok lusa, tidak tahulah berapa buah khemah lagi.

Semua ini mengheret ingatan ke atas sajak 'Duri dan Api'. Sasterawan Negara Usman Awang mengolah luahan rasa dan luapan batinnya lewat sajak. Antara rangkaian bait madahnya adalah berikut:-

"Kawan-kawanku yang dikasihi
semalam kita bertemu kembali memadu
ketika matari tersangkut di bumbung Utusan
kita tidak menerima apa yang ada
yang dinyanyikan dari hati berani
dengan tangan erat pada keyakinan terpahat.

Kawan-kawanku yang dikasihi
di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi."


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Mogok Utusan, 1961 adalah 'Occupy' pertama dalam sejarah persuratkhabaran atau yang pertama dilakukan dalam sejarah permogokan di jalan raya.

Kenapa Mogok Utusan 1961 itu boleh juga diangkat sebagai 'Occupy'? Salah satu cirinya berdasar ukuran pemerhatian saya adalah - khemah-khemah yang dibangunkan untuk tempoh lama sebagai ikhtiar menekan kerajaan.

Selain itu, ada sajak 'Malam Penghabisan' (Untuk pemogok Utusan Melayu) gubahan Usman Awang yang juga bercerita tentang 'khemah'.

"Aku tau besok kami berpisah
kawan-kawan sedang lena ketika khemah mulai basah
malam penghabisan, esok kita ke mana
arus membawa hidup dalam api yang tetap menyala."


...Keliling sepi. Khemah yang suram menanti
pengawal keliling kami. Kereta hitam terdiri...

...Malam penghabisan di bawah khemah usang
bisikkan selamat tinggal, bisikkan perlahan
kawan Tionghua dan India yang memberikan tunjangan
buruh Utusan yang sedar bangun berjuang."


Dalam sajak di atas, khemah yang terpasang itu persis pemasangan khemah mahasiswa 'Occupy' itu. Ya, dulu, ada siswa yang merakam detik-detik bersejarah mahasiswa memberontak, kini di mana suara mereka? Dan ketiadaan penyair turun memberi sokongan turut membangun teka-teki yang sama juga.

Jika Usman masih hidup, saat dia melihat semua khemah di Occupy Dataran Merdeka dibangunkan menjelang himpunan rakyat Bersih 3.0, mungkin beliau akan menggubah sajaknya untuk para mahasiswa ini.

Usman mungkin menggubah puisi ini kerana terkenang kisah lama saat dia bermogok di bawah bumbung Utusan dengan segala khemah yang dibangunkan dengan jerih lelah dan air mata!

Media 'dana awam' sasaran KAMI

Oleh ALI BUKHARI AMIR

"Kerajaan tidak boleh berhujah bahawa kebebasan media sudah diberi cuma kerana mereka tidak mampu mengawal kehadiran media baru ini," kata Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Ahmad Lutfi Othman. Beliau berkata demikian di dalam suatu sidang media pada 3 Mac lalu yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota.

Petang itu, saya tiba sedikit lewat kerana kehujanan. Namun, yang sempat shinggap adalah bebanan, luahan rasa kecewa yang kelihatan mula berputik ke atas sikap kerajaan yang masih angkuh.

Ya, angkuh itu bersebab juga. Dan, sebabnya berpunca daripada sikap kerajaan yang tidak endahkan beberapa saranan rakyat dalam tuntutan Bersih 2.0 yang lalu, khasnya yang berhubung dengan media.

"Rakyat mesti diberi hak untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya dalam media yang menggunakan dana awam," kata beliau lagi. Saya fikir, bertitik-tolak daripada semangat kata-kata inilah, maka idea dan garis besar itu bermula.

Iaitu rakyat dikatakan memiliki hak untuk memilih wakilnya bersandarkan maklumat yang mereka akan perolehi itu. Tetapi, adakah itu semua berlaku dalam beberapa pilihan hari ini.

Saya fikir, Ahmad Lutfi banyak menekankan bahawa, sekurang-kurangnya media yang menggunakan 'dana awam', wajar memberi ruang untuk semua orang. Jadi, dalam hal ini setidak-tidaknya dua media saja

"Bernama dan RTM yang ada radio dan televisyennya wajar teliti hal ini," katanya lagi. Saya fikir kalau hanya dua media ini yang dilibatkan, maka susah apa sangat di pihak kerajaan untuk bersikap adil ke atas semua perwakilan.

Sebenarnya, hanya Bernama dan RTM yang terbabit. Atau, sejauh-jauh pun yang terkena tempiasnya - adalah saluran-saluran radio milik negeri masing-masing yang turut menggunakan 'dana awam' ini.

Selain itu, media swasta yang menjalankan urusan berdasarkan untung rugi yang terpaksa ditanggung sendiri, rasanya tidaklah dikenakan bebanan oleh rakyat itu.

Tapi, itulah untungnya di pihak BN hari ini. Rakyat bagaikan seekor naga yang nyenyak tidur dalam suatu tempoh yang sungguh lama. Dan, usaha KAMI adalah seperti enzim yang baru hendak menyalakan api pencerahan dalam sebuah gua kelam yang penghuninya dinyenyakkan sudah sejak sekian lama.

Rakyat (tuan, majikan) seolah-olahnya lebih suka bersikap tidak mengapa walaupun kerajaan (hamba, khadam rakyat) itu sudah korup menjahanamkan harta benda rakyat selaku tuan di bumi bertuah ini.

Jadi, adakah untuk media-media swasta akan terlepas? Ke atas persoalan ini, Ahmad Lutfi berkata, "Berhubung media swasta, maka kami akan cuba mengadakan pertemuan agar memberi ruang kepada semua calon-calon dalam pilihan raya berucap menjelang kempen pilihan raya itu."

Menurut beliau, mungkin KAMI akan menyusun pertemuan dengan media swasta ini agar tetap diberikan ruang agihan maklumat yang penuh, khasnya dalam tempoh kempen selama 21 hari itu.

Lalu, saya terfikir juga apakah sebenarnya yang menyebabkan kerajaan takut sangat terhadap tuntutan rakyat ini. Hebat sangatkah Pakatan Rakyat di hati BN ini?

Saya masih terkesan dengan bekas Menteri Penerangan Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang memulakan tradisi debat di dalam RTM tidak lama dahulu. Abdul Kadir telah ditegur kerana memberi ruang kepada pimpinan Barisan Alternatif (kini Pakatan Rakyat) untuk bercakap dalam Debat Perdana yang beliau rintis itu.

"Saya rindukan debat yang pernah berlaku dalam Umno dahulu. Dalam Perhimpunan Agong Umno, perwakilan kita pernah kritik Tunku Abdul Rahman dan hal itu dianggap biasa," katanya dalam suatu sidang media, ketika mendedahkan masalah-masalah dalaman Umno untuk diperbaiki.

Dalam Debat Perdana itu bukannya tiada langsung hujah-hujah di pihak pembangkang dipatahkan kerajaan BN. Memang ada juga. Dan, adalah lumrah juga apabila sesekali hujah BN ditumbangkan seteru mereka.

Pada 5 April lalu, dua hari selepas sidang media, saya berkunjung ke rumah Ahmad Lutfi sekali lagi, dan berbual seputar permasalahan yang sama. Bebanan rasa sakit hati melihat keadaan yang tidak akan berubah ini terlempar sesekali dalam bualan petang itu.

"Kita makin teruk dibanding perjalanan media menjelang pilihan raya Singapura. Malah di Myanmar yang dilihat tiada kebebasan pun Myanmar sudah mula memberi sedikit kebebasan media ketika pilihan raya.

"Umno secara tidak langsung menghina Khairy Jamaluddin, Puad Zarkasyi dan Saifuddin Abdullah. Mereka itu pun orang Umno yang bukann calang-calang, dan jaguh dalam dunia perdebatan," katanya, melepaskan sedikit keluhan seperti biasa.

Itulah serba sedikit keluhan biasa yang diharap dapat dikongsi bersama. Tuntutan itu bukannya banyak ialah memberi ruang seadilnya kepada semua calon parti sepanjang tempoh pilihan raya. Apa sulit amatkah permintaan itu?

"Sungguh bedebah!" jerit hati ini sendirian mengenangkan penaklukan Najib ke atas media. Langsung saya teringat sajak Adi Massardi (Negeri Para Bedebah).

"Maka bila melihat negeri dikuasai para bedebah
Usirlah mereka dengan revolusi
Bila tak mampu dengan revolusi, dengan demonstrasi
Bila tak mampu dengan demonstrasi, dengan diskusi
Tapi itulah selemah-lemahnya iman perjuangan!"

Bermaknakah Hari Masjid bagi Imam Hoslan?

Oleh RUHI HAYATI THANI

Kisah penyelewengan wang untuk pentadbiran masjid, pembalingan selipar serta penahanan Imam Hoslan Hussin sudah menyebati dalam fikiran kita. Ia menjadi sejarah dan pengiktibaran bahawa jihad membangunkan masjid memerlukan kekerasan hati, jiwa dan kewarasan.

Imam Hoslan Hussin, rasanya, berfikir waras saat membaling kasutnya ke arah hakim yang seolah-olah mahu membela pihak yang salah. Itu kisah terpencil rakyat kerdil yang berjuang menyelamatkan maruah masjid.

Kedudukannya pasti berbeza dengan para pemimpin yang punya nama, kuasa, pangkat dan pengaruh ketika meneriakkan seruan ke atas rakyat agar melakukan imarah kepada masjid. Golongan ini pastinya akan diraikan oleh masyarakat.

Alkisahnya, di Kuantan tanggal 5 April lalu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan agar Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) agar mencari tarikh yang sesuai untuk mewujudkan Hari Masjid di Pahang.

Oleh kerana baginda seorang sultan yang bertanggungjawab ke atas pengamalan negerinya sahaja, maka Hari Masjid itu mungkin hanya layak disambut di peringkat kerjaan negeri sahaja dan bukannya di peringkat kerajaan Persekutuan.

Jika baginda Yang Dipertuan Agong sendiri yang bertitah sedemikian, maka moleklah juga Hari Masjid ini diraikan di peringkat Persekutuan juga.

Namun begitu, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa dengan adanya Hari Masjid itu, harapan baginda ia bakal dicontohi oleh negeri-negeri yang lain hendaknya.

Bagus juga. Jika hal ini tidak mampu dilaksanakan lagi di peringkat Persekutuan, maka bangunkanlah acara keraian itu di tahap Negeri terlebih dahulu.

Dan, adapun falsafah kepada usaha mewujudkan Hari Masjid itu adalah kerana kita hendak mengimarahkan masjid itu jugalah akhirnya. Titah baginda, Hari Masjid itu bertujuan mengajak seluruh rakyat di Pahang terutama golongan muda agar mengimarahkan masjid-masjid itu.

"Alangkah manisnya kalau ada Hari Masjid, secara tidak langsung dapat menyatukan hati rakyat agar mengimarahkan masjid. Ini cadangan saya dan Muip perlu mencari tarikh yang sesuai. Sebaik-baik saya cadang diadakan bulan Ramadan dan ini terpulang kepada Muip untuk menentukannya," titahnya selepas perasmian Masjid Sultan Ahmad Shah.

Hari Masjid itu tidak disebut sekali lalu sahaja. Malahan, titah baginda, rancangan dan aktiviti yang diatur oleh pegawai dan ahli jawatankuasa masjid perlu dipergiatkan dengan teratur bagi melibatkan lapisan masyarakat di semua peringkat umur juga. Tidak dirincikan betul-betul kegiatan sudut pidato, debat awam dan parlimen masjid.

Kalau ada kegiatan seperti itu, maka sesuai juga untuk kita bangkitkan permasalahan negeri dan negara ke pengetahuan orang-orang kampung juga. Janganlah kegiatan belia itu kerap dinisbah rujuk kepada kegiatan sukan sahaja, sebaliknya, ia perlu direbakkan kepada kegiatan yang bersangkutan dengan pembinaan sudut pidato awam di masjid itu juga.

Kalaulah kerajaan Negeri dan Persekutuan masih takut dengan debat awam, khasnya yang melibatkan isu Imam Hoslan, maka bolehlah pihak masjid meminta pemidato mencari tajuk dan judul yang menyentuh soal maudhu' kebersihan jiwa, dan lain-lain tajuk pidato yang tidak menyinggung pemimpin politik negara.

Selain itu, ketika terbaca laporan berhubung Hari Masjid, mata rakyat terpaku ke atas jumlah belanja pembinaan masjid itu yang dibangunkan sejak tiga tahun lalu.

Masjid yang baru dirasmikan baginda Sultan Pahang, keluasannya memuatkan kira-kira 1,000 jemaah dalam satu masa. Manakala belanja pembinaannya mencecah RM4 juta dengan peruntukan RM1.9 juta oleh Muip manakala RM1.9 juta lagi diambil daripada peruntukan kerajaan Persekutuan.

Nampaknya ada sentuhan wang agihan Persekutuan juga dalam pembinaan masjid-masjid di negeri walau masjid selalu dilihat sebagai badan diurus tadbir di bawah kerajaan Negeri dan berada di bawah sultan juga.

Sebuah masjid boleh cecah jutaan ringgit, dan hari ini masjid memang mewah didirikan di mana-mana. Daripada sudut lain, masjid memang menjadi tempat bersarangnya wang-wang sedekah rakyat.

Dan pihak jawatankuasa yng dilantik bagi menyusun tadbir masjid itu ramai yang tidak jujur pula. Bukan kita tuduh hal ini kepada masjid baru itu. Tapi, apa jaminan bahawa semua masjid yang baru dibina ini bakal bersih daripada tuduhan penyelewengan wangnya pada masa depan?

Hal inilah yang patut kita bahaskan sekarang - bermaknakah Hari Masjid bagi mereka yang pernah berusaha selamatkan masjid daripada dicengkam oleh kekuasaan yang curang? Jikalau persoalan seperti ini dihadapkan kepada Imam Hoslan Hussin, entah apa pula jawapannya?

Bermaknakah Hari Masjid bagi Imam Hoslan?

Oleh RUHI HAYATI THANI

Kisah penyelewengan wang untuk pentadbiran masjid, pembalingan selipar serta penahanan Imam Hoslan Hussin sudah menyebati dalam fikiran kita. Ia menjadi sejarah dan pengiktibaran bahawa jihad membangunkan masjid memerlukan kekerasan hati, jiwa dan kewarasan.

Imam Hoslan Hussin, rasanya, berfikir waras saat membaling kasutnya ke arah hakim yang seolah-olah mahu membela pihak yang salah. Itu kisah terpencil rakyat kerdil yang berjuang menyelamatkan maruah masjid.

Kedudukannya pasti berbeza dengan para pemimpin yang punya nama, kuasa, pangkat dan pengaruh ketika meneriakkan seruan ke atas rakyat agar melakukan imarah kepada masjid. Golongan ini pastinya akan diraikan oleh masyarakat.

Alkisahnya, di Kuantan tanggal 5 April lalu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan agar Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) agar mencari tarikh yang sesuai untuk mewujudkan Hari Masjid di Pahang.

Oleh kerana baginda seorang sultan yang bertanggungjawab ke atas pengamalan negerinya sahaja, maka Hari Masjid itu mungkin hanya layak disambut di peringkat kerjaan negeri sahaja dan bukannya di peringkat kerajaan Persekutuan.

Jika baginda Yang Dipertuan Agong sendiri yang bertitah sedemikian, maka moleklah juga Hari Masjid ini diraikan di peringkat Persekutuan juga.

Namun begitu, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa dengan adanya Hari Masjid itu, harapan baginda ia bakal dicontohi oleh negeri-negeri yang lain hendaknya.

Bagus juga. Jika hal ini tidak mampu dilaksanakan lagi di peringkat Persekutuan, maka bangunkanlah acara keraian itu di tahap Negeri terlebih dahulu.

Dan, adapun falsafah kepada usaha mewujudkan Hari Masjid itu adalah kerana kita hendak mengimarahkan masjid itu jugalah akhirnya. Titah baginda, Hari Masjid itu bertujuan mengajak seluruh rakyat di Pahang terutama golongan muda agar mengimarahkan masjid-masjid itu.

"Alangkah manisnya kalau ada Hari Masjid, secara tidak langsung dapat menyatukan hati rakyat agar mengimarahkan masjid. Ini cadangan saya dan Muip perlu mencari tarikh yang sesuai. Sebaik-baik saya cadang diadakan bulan Ramadan dan ini terpulang kepada Muip untuk menentukannya," titahnya selepas perasmian Masjid Sultan Ahmad Shah.

Hari Masjid itu tidak disebut sekali lalu sahaja. Malahan, titah baginda, rancangan dan aktiviti yang diatur oleh pegawai dan ahli jawatankuasa masjid perlu dipergiatkan dengan teratur bagi melibatkan lapisan masyarakat di semua peringkat umur juga. Tidak dirincikan betul-betul kegiatan sudut pidato, debat awam dan parlimen masjid.

Kalau ada kegiatan seperti itu, maka sesuai juga untuk kita bangkitkan permasalahan negeri dan negara ke pengetahuan orang-orang kampung juga. Janganlah kegiatan belia itu kerap dinisbah rujuk kepada kegiatan sukan sahaja, sebaliknya, ia perlu direbakkan kepada kegiatan yang bersangkutan dengan pembinaan sudut pidato awam di masjid itu juga.

Kalaulah kerajaan Negeri dan Persekutuan masih takut dengan debat awam, khasnya yang melibatkan isu Imam Hoslan, maka bolehlah pihak masjid meminta pemidato mencari tajuk dan judul yang menyentuh soal maudhu' kebersihan jiwa, dan lain-lain tajuk pidato yang tidak menyinggung pemimpin politik negara.

Selain itu, ketika terbaca laporan berhubung Hari Masjid, mata rakyat terpaku ke atas jumlah belanja pembinaan masjid itu yang dibangunkan sejak tiga tahun lalu.

Masjid yang baru dirasmikan baginda Sultan Pahang, keluasannya memuatkan kira-kira 1,000 jemaah dalam satu masa. Manakala belanja pembinaannya mencecah RM4 juta dengan peruntukan RM1.9 juta oleh Muip manakala RM1.9 juta lagi diambil daripada peruntukan kerajaan Persekutuan.

Nampaknya ada sentuhan wang agihan Persekutuan juga dalam pembinaan masjid-masjid di negeri walau masjid selalu dilihat sebagai badan diurus tadbir di bawah kerajaan Negeri dan berada di bawah sultan juga.

Sebuah masjid boleh cecah jutaan ringgit, dan hari ini masjid memang mewah didirikan di mana-mana. Daripada sudut lain, masjid memang menjadi tempat bersarangnya wang-wang sedekah rakyat.

Dan pihak jawatankuasa yng dilantik bagi menyusun tadbir masjid itu ramai yang tidak jujur pula. Bukan kita tuduh hal ini kepada masjid baru itu. Tapi, apa jaminan bahawa semua masjid yang baru dibina ini bakal bersih daripada tuduhan penyelewengan wangnya pada masa depan?

Hal inilah yang patut kita bahaskan sekarang - bermaknakah Hari Masjid bagi mereka yang pernah berusaha selamatkan masjid daripada dicengkam oleh kekuasaan yang curang? Jikalau persoalan seperti ini dihadapkan kepada Imam Hoslan Hussin, entah apa pula jawapannya?

CABARAN MAHASISWA SAMM UNTUK WARIS MALAYA

SAMM Segmentasi Mahasiswa ketika menganjur 'Program Anak Muda Merasai Kemiskinan Rakyat'


Kumpulan Waris Malaya yang dilancar Presiden Umno


Kenyataan Terbuka

20 April 2012


CABARAN MAHASISWA SAMM UNTUK WARIS MALAYA


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)  Segmentasi Mahasiswa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap oleh samseng upahan di bawah kelolaan Waris Malaya, ke atas mahasiswa yang berkampung di Dataran Merdeka untuk menuntut pendidikan percuma.


Merujuk kepada sekumpulan samseng telah bertindak merosakkan khemah-khemah di kawasan tersebut dan mencederakan mahasiswa yang mempertahankan kedudukan mereka di kawasan terbabit. SAMM segmentasi mahasiswa kesal dengan tindakan tidak bertamadun dan memalukan tersebut. SAMM beranggapan bahawa sebarang bentuk keganasan dalam kejadian yang berlaku pada malam tersebut harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh regim UMNO/BN. Baru-baru ini Waris Malaya juga dilancarkan oleh Presiden Umno.


Seharusnya jika terdapat di kalangan pihak-pihak tertentu  yang tidak berpuas hati dengan kumpulan mahasiswa tersebut, hendaklah bertindak dengan cara yang lebih melambangkan kekuatan ilmu dan hujah bukan dengan menggunakan kekerasan.


Seraya itu, SAMM memberi cabaran kepada pihak terbabit (Waris Malaya) supaya tampil kehadapan dan nyatakan dengan prinsip mengapa tindakan tersebut dilakukan. SAMM juga mencabar wakil kepada Waris Malaya untuk berdebat secara ilmiah di Dataran Merdeka dengan mahasiswa dihadapan umum supaya rakyat dapat menilai perjuangan pihak mana yang lebih benar.


Jika Dataran Merdeka menjadi soalnya, maka kita memilih Daratan Merdeka sebagai tempat yang paling sesuai untuk wacana debat diadakan. Pilihlah walau Ezam Md Noor sekalipun untuk berdebat, kami mahasiswa dari SAMM dan kumpulan mahasiswa lain yang bernaung di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia sedia untuk menghantar wakil. Sila nyatakan tarikh dan masa.


Akhir sekali SAMM beraharap pihak berkuasa khususnya Polis Di Raja Malaysia PDRM melakukan siasatan dengan segera ke atas kumpulan yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut dan jangan biarkan sistem polis diperalatkan oleh  pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik.

 

Wan Farel

Penyelaras Segmentasi Mahasiswa

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)